Assalamualaikum dan salam sejahtera,,
Serba sedikit mengenai aku. Aku Lyna,, 27tahun berasal dari Bandar Kuala Lumpur. Aku mempunyai kehidupan yang biasa tak begitu mewah dan tidak juga terlalu susah. Ayahku seorang peniaga kecil-kecilan manakala ibuku tidak bekerja. Aku anak bongsu dari 5beradik (1 lelaki & 4 perempuan).
Aku ramai kawan tapi aku cuma ada satu sahabat,, bagi aku dia la segalanya tempat aku meluahkan sedih,, suka,, luka,, dan segalanya meskipun kami berlainan jantina. let's name him as Naed. Kenapa aku kata dia seorang sahabat? sebab dia masih menerima aku sebagai kawan dia seadanya diri aku walau setelah apa yang aku lalui dan dia tau keseluruhan apa yang aku lalui,, tp x pernah sekali pun dia menghina aku atau menjauhkan diri dari aku. thanks Naed.
Nak tau apa yang aku lalui? aku akan update dari masa ke masa. mungkin kisah aku tak istimewa, tak juga menarik untuk dibaca tapi itu lah realiti kehidupan yang aku lalui.
maaf andai bahasa aku tak puitis arau indah kerana aku menulis hanya sebagai coretan kehidupan aku dan sebagai pengajaran bagi orang lain. Bagi yg mungkin lalui perkara sama dgn apa yg aku lalui ingat lah sentiasa ada jalan untuk kembali ke pangkal dan bagi yg selalu judge org x tentu pasal ingat lah juga dalam dunia ni tak ada manusia yang sempurna.
"JAGALAH LISAN MU KERANA LIDAH ADALAH LEBIH TAJAM DARI SEBILAH PEDANG"
Assalamualaikum.